Sunday 19 October 2014

SUSU IBU DAN KISAH DIDALAM AL-QURAN


Assalamualikum kepada semua pembaca blog ummirasyiqah, hari ni saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan daripada hasil bacaan saya mengenai kisah penyusuan ibu di dalam Al-quran.

Maklumlah sekarang ni dah masuk minggu ke-37 usia kandungan saya, Sooo.. amat penting bagi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai penyusuan ibu memandangkan saya bercita-cita untuk fully breastfeed untuk anak yang bakal dilahirkan nanti, semoga dipermudahkan ya ALLAH..amin.

JIka ditelii betul-betul banyak yang telah ALLAH ceritakan mengenai susu ibu di dalam Al-quran ni.



Ayat ini sebenarnya berbentuk Perintah dan Suruhan

Bermaksud ia menjadi perintah agama supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka selama 2 tahun, di mana ia merupakan tempoh yang paling sempurna untuk kebaikan ibu dan anak.

Susu yang dimaksudkan pula adalah SUSU IBU dan bukan dari hasil lain seperti susu formula, susu lembu dan bijirin bayi.

Kenapa susu ibu?

Sebab ia adalah makanan terbaik yang ALLAH ciptakan khas untuk bayi berbanding makanan bayi yang lain.



Banyak sangat kebaikan susu ibu terhadap bayi. Rugi sangat kita sebagai ibu tidak memanfaatkan kelebihan yang ada. Dah la free extra lagi dapat anak sihat dan cergas jika dibandingkan dengan susu formula yang memaksa kita untuk berbelanja berlebihan dan belum tentu kesihatan anak kita terjamin sama seperti bayi yang mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya.

Jom kita rungkaikan persoalan yang sering dikemukakan oleh ibu-ibu diluar sana

Jika saya tak boleh menyusu boleh ke bagi susu formula terus?



Ayat di atas memaklumkan jika ibu kandung mempunyai masalah dalam penyusuan dan tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan bayi sebelum cukup umur 2 tahun.

Tiada alasan untuk terus memberi susu formula!!!

Masalah ibu yang tidak boleh menyusu hendaklah di kenalpasti terlebih dahulu dan penting bagi ibu untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu jika disebabkan masalah tiada susu atau bayi tidak mahu menyusu.

Penyusuan memerlukan pengetahuan, dengan ilmu yang cukup, teknik yang betul dan suaha yang gigih INSYAALLAH penyusuan ibu pasti berjaya dan tiada lagi alasan untuk memberi susu formula.

Kenal pasti diri sendiri, mengikut suruhan ALLAH atau tidak?

Macam mana nak tahu kita ni betul-betul mengikut surahan ALLAH atau tidak, senang je..cuba kita refer balik dalam ayat mula-mula tadi, kita tak nak menyusu sebab nak jaga kecantikan, sebab malas dengan hal-hal susu ibu yang leceh kononnya. Jawapannya ada pada diri anda sendiri, fikir-fikirkan lah ya!

Ibu susuan




Ibu-ibu yang menghidapi komplikasi kesihatan yang memudaratkan serta halangan yang tidak dapat dielakkan boleh mengambil jalan penyelesaian alternative iaitu ibu susuan.

Dan jika tiada lagi ibu susuan yang dijumpai di dunia ini barulah kita boleh menggunakan susu formula.

Kita perlu yakin dengan perintah ALLAH kerana setiap perintahnya mengandungi hikamh yang tersembunyi untuk kita nikmati di masa akan datang, maka taatlah dengan setiap perintah ALLAH.

Breastfeeding ni bukan sahaja baik untuk bayi tapi ibu juga turut mendapat manfaatnya.



TERUJA TAK UNTUK FULLY BREASTFEED???

Semoga perkngsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk memahami lebih lanjut pentingnya susu ibu seperti perintah ALLAH yang terkandung dalam Al-Quran.

Sekian,

Thanks for reading

                                 Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
                                                                Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA
010-2603654
PM SAYA DI FB: CLICK HERE









0 comments:

Post a Comment