Wednesday 25 March 2015

Kurang Air Punca Perut Buncit

'Jemput duduk kak, dah berapa bulan?' sambil memandang perut. Alahai sentapnya! tak mengandung di kata mengandung mentang-mentanglah perut aku buncit. Pernah tak anda mengalami situasi begini, lau dah kahwin tak pe la kan. Ni dah la belum kawen dikatanya mengandung arrrrrggghhh..tension! dibuatnya. Mulalah rasa rendah diri dan malu.

Masalah perut buncit bukan saja menghantui kaum hawa malah ia juga turut melibatkat kaum adam yang bertahun-tahun mengandung tapi tak juga bersalin. Bermacam-macam cara, berjenis-jenis produk dah digunakan dan beribu-ribu duit keluar semata-mata untuk menguruskan perut namun hasil tetap sama jer. Agak-agaknya kenapa ya? jangan salahkan produk semata-mata seharusnya kita perlu munasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan untuk membuncitkan perut itu dan rasanya kosnya lebih mahal dari ubat-ubatan yang dibeli.

Berstatus perut buncit boleh menyebabkan penampilan seseorang menjadi kurang menarik. So apakata saya kongsikan dengan anda petua mudah dan murah untuk mengatasi masalah perut buncit.

Minum lebih banyak air

Ada orang beranggapan dengan minum banyak air perut akan menjadi buncit, betul ke? jangan percaya itu semua hanya dongengan sahaja, disinilah pentingnya ilmu. sebenarnya lebih banyak air yang anda minum ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh serta membantu meningkatkan pengeluaran air dalam tubuh.

kesimpulannya makin banyak air yang kita minum maka makin banyak air yang keluar dari perut dan ia membantu mengatasi masalah kembung perut serta mengurangkan isi perut yang padat itu.


Cuba tengok gambar tu betapa pentingnya air kepada badan kita, nak kurus, nak sihat, nak cantik kena la minum banyak air kosong ya..ingat! bukan air manis tau. Badan kita memerlukan 1 liter air untuk setiap 25kg berat, so darablah dengan berat anda dan saya yakin dan pasti bila anda mengambil air yang cukap boleh "say good bye" kat perut buncit tu.

Makan dengan sopan

Walau sesibuk mana pun kita, nak cepat macam mana pun cubalah makan denga tertib dan sopan. Kunyah la terlebih dahulu makanan tersebut secara perlahan-lahan sebelum menelannya kerana ia membantu sistem penghadaman kita berjalan lancar, namun jika anda makan tergopoh-gopoh, main telan je semua sebelum sempat mengunyah memang buruklah padahnya! mana taknya makanan yang ditelan sebelum hancur boleh mengakibatkan udara di dalam usus tersekat-sekat dan akan membentuk gas punca kepada kembung perut seterusnya terbentuklah perut buncit


Minimumkan pengambilan garam

Mengambil makanan yg mengandungi garam berlebihan membantu menambahkan lagi jumlah sodium di dalam cecair tubuh serta mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan bertambah buncit.

Oleh itu elakkan dari mengambil makanan berlebihan garam seperti fast food dan juga junk food, selain itu untuk mengamalkan gaya hidup sihat luangkan masa untuk memasak sahaja dirumah dari membelinya dikedai kerana kita belum pasti tahap kebersihan serta kandungan garam yang terkandung dalam makanan yang dibeli.

Elak sembelit

Salah satu punca utama perut buncit adalah sembelit, bukan sahaja menyakitkan malah boleh memudaratkan badan jika ia berterusan jadi makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemilihan serat yang sesuai

Untuk mengimbangi penyimpanan air di dalam perut supaya tidak buncit pilihlah serat dari buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti epal dan pear

Senaman

Senaman merupakan elemen penting untuk memastikan kita sentiasa sihat kerana senaman membantu menggerakakan cairan dari perut keluar melalui sistem jaringan dan bergerak masuk ke sistem darah dan akan dikeluarkan melalui peluh serta disalurkan juga ke hempedu utuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Antara contoh senaman yang boleh diamalkan adalah berjoging dan aerobik.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda disini, saya ada nak bagi buah tangan untuk anda semua yang betul-betul berminat untuk menurunkan berat badan secara sihat.

www.noweveryonecankurus.com/huda
Ebook ni saya bagi percuma hanya untuk anda sahaja, bacalah banyak ilmu dan formula mudah mesti kurus yang wajib anda tahu.

Nak kurus ni senang je bila dah tahu caranya. Insyaallah selepas baca buku ni anda akan dapat banyak formula mudah yang tak pernah anda tahu sebelum ni.

Jangan lupa ya habiskan bacaan ebook neck yang superb ni anda pasti akan termotivasi dengan kisah benar penulis dalam usahanya untuk menurunkan berat badan secara sihat.



Nak dapatkan tips kurus dan sihat setiap hari?

Nak kami bantu anda untuk kurus?

Nak kurus selim melim di pagi raya?

Nak cantik berseri di pagi raya?

Nak berat badan ideal selepas bersalin?


PM saya di facebook Nurulhuda Noor

contact saya di 010-2603654, nak weechat, whatsapp, nak telegram semua boley

email saya di hudanoor.2214@gmail.com

Sekian,
"salam kurus dan sihat"

Huda
"percaya baru berjaya"


www.noweveryonecankurus.com/huda



0 comments:

Post a Comment