This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday 25 March 2015

Kurang Air Punca Perut Buncit

'Jemput duduk kak, dah berapa bulan?' sambil memandang perut. Alahai sentapnya! tak mengandung di kata mengandung mentang-mentanglah perut aku buncit. Pernah tak anda mengalami situasi begini, lau dah kahwin tak pe la kan. Ni dah la belum kawen dikatanya mengandung arrrrrggghhh..tension! dibuatnya. Mulalah rasa rendah diri dan malu.

Masalah perut buncit bukan saja menghantui kaum hawa malah ia juga turut melibatkat kaum adam yang bertahun-tahun mengandung tapi tak juga bersalin. Bermacam-macam cara, berjenis-jenis produk dah digunakan dan beribu-ribu duit keluar semata-mata untuk menguruskan perut namun hasil tetap sama jer. Agak-agaknya kenapa ya? jangan salahkan produk semata-mata seharusnya kita perlu munasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan untuk membuncitkan perut itu dan rasanya kosnya lebih mahal dari ubat-ubatan yang dibeli.

Berstatus perut buncit boleh menyebabkan penampilan seseorang menjadi kurang menarik. So apakata saya kongsikan dengan anda petua mudah dan murah untuk mengatasi masalah perut buncit.

Minum lebih banyak air

Ada orang beranggapan dengan minum banyak air perut akan menjadi buncit, betul ke? jangan percaya itu semua hanya dongengan sahaja, disinilah pentingnya ilmu. sebenarnya lebih banyak air yang anda minum ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh serta membantu meningkatkan pengeluaran air dalam tubuh.

kesimpulannya makin banyak air yang kita minum maka makin banyak air yang keluar dari perut dan ia membantu mengatasi masalah kembung perut serta mengurangkan isi perut yang padat itu.


Cuba tengok gambar tu betapa pentingnya air kepada badan kita, nak kurus, nak sihat, nak cantik kena la minum banyak air kosong ya..ingat! bukan air manis tau. Badan kita memerlukan 1 liter air untuk setiap 25kg berat, so darablah dengan berat anda dan saya yakin dan pasti bila anda mengambil air yang cukap boleh "say good bye" kat perut buncit tu.

Makan dengan sopan

Walau sesibuk mana pun kita, nak cepat macam mana pun cubalah makan denga tertib dan sopan. Kunyah la terlebih dahulu makanan tersebut secara perlahan-lahan sebelum menelannya kerana ia membantu sistem penghadaman kita berjalan lancar, namun jika anda makan tergopoh-gopoh, main telan je semua sebelum sempat mengunyah memang buruklah padahnya! mana taknya makanan yang ditelan sebelum hancur boleh mengakibatkan udara di dalam usus tersekat-sekat dan akan membentuk gas punca kepada kembung perut seterusnya terbentuklah perut buncit


Minimumkan pengambilan garam

Mengambil makanan yg mengandungi garam berlebihan membantu menambahkan lagi jumlah sodium di dalam cecair tubuh serta mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan bertambah buncit.

Oleh itu elakkan dari mengambil makanan berlebihan garam seperti fast food dan juga junk food, selain itu untuk mengamalkan gaya hidup sihat luangkan masa untuk memasak sahaja dirumah dari membelinya dikedai kerana kita belum pasti tahap kebersihan serta kandungan garam yang terkandung dalam makanan yang dibeli.

Elak sembelit

Salah satu punca utama perut buncit adalah sembelit, bukan sahaja menyakitkan malah boleh memudaratkan badan jika ia berterusan jadi makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemilihan serat yang sesuai

Untuk mengimbangi penyimpanan air di dalam perut supaya tidak buncit pilihlah serat dari buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti epal dan pear

Senaman

Senaman merupakan elemen penting untuk memastikan kita sentiasa sihat kerana senaman membantu menggerakakan cairan dari perut keluar melalui sistem jaringan dan bergerak masuk ke sistem darah dan akan dikeluarkan melalui peluh serta disalurkan juga ke hempedu utuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Antara contoh senaman yang boleh diamalkan adalah berjoging dan aerobik.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda disini, saya ada nak bagi buah tangan untuk anda semua yang betul-betul berminat untuk menurunkan berat badan secara sihat.

www.noweveryonecankurus.com/huda
Ebook ni saya bagi percuma hanya untuk anda sahaja, bacalah banyak ilmu dan formula mudah mesti kurus yang wajib anda tahu.

Nak kurus ni senang je bila dah tahu caranya. Insyaallah selepas baca buku ni anda akan dapat banyak formula mudah yang tak pernah anda tahu sebelum ni.

Jangan lupa ya habiskan bacaan ebook neck yang superb ni anda pasti akan termotivasi dengan kisah benar penulis dalam usahanya untuk menurunkan berat badan secara sihat.



Nak dapatkan tips kurus dan sihat setiap hari?

Nak kami bantu anda untuk kurus?

Nak kurus selim melim di pagi raya?

Nak cantik berseri di pagi raya?

Nak berat badan ideal selepas bersalin?


PM saya di facebook Nurulhuda Noor

contact saya di 010-2603654, nak weechat, whatsapp, nak telegram semua boley

email saya di hudanoor.2214@gmail.com

Sekian,
"salam kurus dan sihat"

Huda
"percaya baru berjaya"


www.noweveryonecankurus.com/huda



Thursday 5 March 2015

5 Cara mudah atasi masalah ruam

Ruam pada bayi dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan kerana kulit mereka sangat sensitif. Jangkitan ruam boleh dibahagikan kepada dua iaitu ruam pada kulit dan juga ruam pada lampin.

Antara punca utama terjadinya ruam ialah disebabkan alahan terhadap bahan pencuci sama ada sabun atau pelembut kain, lampin kain yang di pakai terlalu lama tanpa menukarkannya dan juga alahan terhadap bahan kimia yang terkandung pada lampin pakai buang (pampers).

Sebagai ibubapa yang menyayangi anak-anak kita seharusnya lebih peka terhadap  masalah ruam ini dengan mengambil langkah pencegahan untuk menanganinya seperti sentisa memastikan punggung dan kawasan sekitar lampin dibasuh dengan bersih, dilap dengan kering dan penting untuk pastikan kawasan punggung serta sekitarnya benar-benar kering terlebih dahulu sebelum dipakaikan lampin baru bagi mengelakkan jangkitan kulat.

Disamping itu ruam juga boleh dirawat secara tradisional dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di sekitar kita:






Kepada anda yang sentiasa sibuk dan susah untuk mendapatkan bahan-bahan ini boleh juga ubati ruam anak anda dengan cara moden, macam mana tu..?

Herbal Blend Multipurpose Cream

Herbal Blend multipurpose cream ataupun dimelayukan menjadi cream pelbagai guna yang diperbuat dari ekstrak herba semulajadi dan menenangkan. Herbal blend telah diuji secara klinikal, selamat dan tanpa bahan kimia. Selain itu ianya dingin, bermentol dan yang paling penting tidak berminyak.

Memang selesa sangat kat tangan, bila guna rasa lembut je tangan tu..ini berdasarkan pengalaman saya menggunakan herbal blend yang juga merupakan cream favourite saya sekeluarga. Untungnya guna Herbal blend ni sebab ia pelbagai guna, takdelah fokus untuk satu jenis sakit je kan.


Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak saya juga berdepan dengan masalah ruam. Anak saya dijangkiti ruam dimuka dan seluruh badannya seminggu selepas dilahirkan. Masa tu memang risau sangat, kalau boleh nak saja ruam ni dipindahkan ke badan saya. kulit anak saya semakin hari semakin teruk, nampak buruk pun ada.kesian sangat. hari-hari tidak putus-putus saya berdoa moga disembuhkan. Alhamdulillah akhirnya anak saya berjaya sembuh sepenuhnya dari masalah ruam ni dengan hanya menyapu herbal blend setiap hari. Syukur sangat.


kulit saya ni memang sensitif sikit, salah makan habis la gatal-gatal..apalagi asyik dok menggaru je la,saya cuba sapu herbal blend ni alhamdulillah gatal-gatal makin berkurang dan sembuh sepenuhnya dan yang paling menggembirakan takde warna hitam kat tempat gatal tu..kira sembuh sepenuhnya, biasanya kalau saya guna cream gatal lain memang akan ada hitam-hitam kesan garu tu yang pasti memang take time la untuk hilang sepenuhnya.

Selain itu tangan saya memang kerap jugaklah jadi gelembung air, tak tahu apa puncanya. kata kawan saya "mungkin elergik kot", ya la kot..dari dulu sampailah sekarang. sapu ubat hilang dan akan jadi lagi tapi selepas menggunakan herbal blend ni gelembung air tu sembuh sepenuhnya dan bila makan apa-apa pun dah tak ada kesan lagi..ok je..

Banyakkan khasiat herbal blend ni, sebabtulah saya sayang lebih dekat herbal blend..hehehe..mak saya pun suka herbal blend, katanya best sangat guna herbal blend macam magic pulak.kena gigit nyamuk sekejap je hilang dan lagi satu herbal blend ni bantu atasi masalah tumit merekahnya..wawawa..selamat tinggal tumit merekah, selamat datang tumit baru..


Agak-agak mahal tak herbal blend ni? mesti anda fikir macamtu kan..jangan terkejut, harganya murah je..memang berbaloilah membazirkan sedikit wang untuk herba blend ni, dah la pelbagai guna tahan lama lak tu. Dah tiga bulan saya menggunakan herba blend tak habis lagi 1 tiub..haaaa..jimat tak.ni pun guna hari-hari tau bukan secara berjimat cermat.

Sekian, thanks for reading.

Nak dapatkan Herbal Blend?

Nak dapatkan supplemen kesihatan untuk anda dan orang tersayang?

Boley hubungi saya ya :


PM saya di FB : Nurulhuda Noor

Wednesday 4 March 2015

CARA MUDAH MENANGGALKAN KOTORAN DEGIL

Salam sihat, cantik dan ceria kepada anda semua, kali ni saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya menangani masalah kotoran degil di rumah..waaaaaa..bunyi macam suspend je kan, ya la cabaran besar tau berdepan kotoran degil ni. dah nama pun degil memang degillah!

Since dekat media sosial (Facebook, Instagram, Twitter) dah heboh mengenai keberkesanan cecair pencuci basic H, so saya pun ambil kesempatan jugaklah untuk mencuba. Lagipun harganya tak la mahal tambah pulak basic H ni boley digunakan untuk pelgai jenis cucian. macam-macam la boleh cuci, jimatkan? tak perlu nak beli banyak-banyak pencuci dalam satu masa.

Yang bestnya basic H ni cecair pencuci semulajadi, tiada bahan kima dan mesra alam. kandungannya memang selamatlah dengan ekstrak jagung dan kelapa. Pada korang yang ada luka-luka kat badan tu boley je guna basic H ni untuk bersihkan luka tu, jangan risau tak pedih pun. Lagi satu korang boleh gunakannya untuk mencuci sayur-sayuran dan juga buah-buahan, maklumlah sayur dan buah ni dah disembur racun so takdelah nanti keracunan makanan kan.

Basic H

Wah banyak pula membebel..jom ikuti kisah saya dan basic H. Hujung minggu yang membahagiakan, percubaan pertama saya ialah cuba untuk membersihkan periuk di dapur, nampak buruk sangat kan.. macam berkarat pun ada..misi bermula hanya dengan menggunakan beberapa titik je cecair pencuci Basic H ni ternyata berkesan.

lihat periukku..macam baru kan..shinning lagi


percubaan kedua, papan pemotong yang dah berapa abad digunakan, hehehe..jangan terkejut takdelah berabad tapi nak bagitau lamanya papan ni berjasa kat rumah tu. menakjubkan sangat. hilang hitamnya.


Masih lagi di dapur untuk percubaan ketiga, cuba tengok gambar kat bawah tu bersih tak dapur mek. mesti anda tertanta-tanya guna banyak mana untuk bersihkannya, ala beberapa titik je pastu proceed la mencucinya dan hasilnya puas hati la, tersenyum lebar. baru ada semangat nak masak sedap-sedap kan.

Untuk pengetahuan korang semua basic H ni memang sesuai untuk menyingkirkan kotoran berminyak seperti gris dan sebagainya tau. multifunction katakan. jimat 'sengoti' you all memang tak rugilah melabur sikit untuk pulangan yang banyak.



Bagi korang-korang semua yang ada anak sekolah saya suggest baik beli basic H ni memang berjasa sangat untuk korang. tambah lagi untuk memcuci kasut dan baju sekolah anak. guna basic H ni senang tak perlu nak sental bagai sampai nak tercabut tangan, aduh! seksanya nak tanggalkan kotaran degil nih

Perkongsian dari rakan saya yang menggunakan basic H untuk mencuci baju dan kasut sekolah anaknya, maklumla saya belum lagi ada anak yang bersekolah tak berkesempatan lagi untuk mencubanya. Sengaja saya konsikan untuk membantu anda semua yang bermasalah untuk menanggalkan kotoran degil pada baju dan kasut sekolah anak.



Handal menaggalkan kotoran!tidak gatal pada tangan

Saya ni memang elergik sikit dengan bahan pencuci, kalau tersalah beli memang gatal-gatal lah tangan ni, tapi dengan basic H ni tiada lagi masalah gatal-gatal, tangan pun lembut je..nak tau kawan saya gunakan air basuhan basic H untuk siram pokok, katanya memang selamat tak mati pun pokok tu. Cemburu pulak bila dengar, maklumla tinggal dirumah bertingket-tingket ni susah pulak nak bercucuk tanam.

Berita baik untuk anda yang ada anak-anak kreatif, memang anugerah Allah s.w.t. kat kita lah ya mana tau bila besar nanti boleh jadi pelukis terkenal ke..sape tau kan, hehehe..cuba ambik basic H ni dan sembur kt dinding rumah korang yang dah cantik terlukis tu dan gosok-gosok sikit, memang hilanglah. So lepas ni takdelah malu sangatkan orang datang rumah tengok lukisan cantik tu. bila-bila pun boleh dibersihkan.


Akhir sekali saya cuba la dekat dinding hitam kat rumah tu, maklumla rumah lama kan..hasilnya menakjubkan, puas hati la walaupun tangan ada sikit-sikit lenguh. Rasa nak tenung dinding tu lama-lama..ya la dah putih bersihkan rasa macam dk rumah baru pun ada, berangan la pulak!

Tengoklah dinding rumahku..kembali putihkan

Oh ya..sebelum berpisah saya nak kongsikan testimoni rakan saya yang juga menggunakan basic H untuk mencuci bilik air. Wowww..bersihnya bilik air dia. Jeles lah! nak kena bersihkan jugak ni.



Sekian dulu dari saya Nak pergi bersihkan bilik air..hehehe..fenomena basic H ni makin menjadi-jadi. semoga entri ini bermanfaat untuk anda semua.

Thanks for reading.

Nak dapatkan Basic H?

Nak dapatkan supplemen shaklee?

Boleh hubungi saya ya :


PM saya melalui FB pun boley : Nurulhuda Noor