Thursday 25 September 2014

Note to myself: Tips ibu hamil anak pertama

"TAHNIAH! anda hamil"...rasa macam tak percaya ayat yang keluar dari mulut doktor..Alhamdulillah..syukur ya Allah..

Berita tentang kehamilan merupakan satu berita gembira buat pasangan yang telah berkahwin terutama sekali bagi mereka yang menginginkan anak, banyak perubahan yang akan berlaku dalam hidup anda selepas ini dari segi perubahan hormon, tingkah laku dan pemakanan.


Seterusnya apa yang perlu dilakukan?

Bersyukur



Pertama sekali panjatlah kesyukuran pada ilahi dengan bersolat hajat, berzikir dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran.
Sebaiknya perbanyakkan solat berjemaah bersama suami dan berdoa untuk kesejahteraan bayi di dalam perut.



Membuka buku rekod kesihatan


Anda boleh pergi ke klinik terdekat untuk mendapat buku rekod kesihatan ibu yang mengandungi butiran peribadi anda dan suami serta  keputusan ujian antenatal.
Anda perlu memaklumkan segala maklumat kesihatan anda dan latar belakang kesihatan keluarga. Perkara ini penting kerana mempengaruhi keputusan pemeriksaan antenatal.
dalam pemeriksaan antenatal ini anda akan melaului dua ujian iaitu ujian air kencing dan ujian darah, selepas itu anda diminta datang untuk pemeriksaan seterusnya mengikut tarikh yang diberikan.

Mengambil makanan tambahan (suplemen)


Ibu hamil di galakkan mengambil supplemen tambahan yang sesuai untuk membantu ibu dan bayi sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan kerana pemakan ibu hamil mungkin tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi dalam kandungan
Pihak klinik biasanya hanya akan membekalkan ibu hamil dengan asid folid dan obimin sahaja.

Amalkan pemakanan yang sihat

amalkan pemakanan yang sihat dan jauhi alkohol serta rokok, selain itu ibu hamil tidak digalakkan mengambil makanan segera kerana ia boleh menggangu pertumbuhan janin didalam kandungan

Amalkan gaya hidup sihat

Elakkan dari berfikiran negetif yang boleh membuatkan ibu mudah stress dan bersenamlah 20 minit sehari untuk mendapatkan kesihatan maksimum. contoh senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan atau berenang



Kawal berat badan

Jaga berat badan anda ketika hamil tetapi anda tidak digalakkan untuk berdiet kerana pada waktu ini badan sangat memerlukan nutrien yang cukup.
berat badan berlebihan boleh diatasi dengan mengambil makanan dalam kadar yang sedikit tapi kerap.
Jika ada penimbang dirumah, anda boleh meninbang setiap hari untuk memantau kenaikan berat badan anda.



Elakkan kerja berat

Jangan mengangkat kotak yang berat, menyusun perabot, mengemop lantai dan sebagainya kerana akan membahayakan kandungan anda. Buatlah kerja rumah yang ringan seperti menyapu, mencuci pinggan dan mengelap meja.
Ibu hamil hamil tidak digalakkan untuk berdiri terlalu lama.

sekian..


HUDA
"LOVE YOURSELF BE YOURSELF"


0 comments:

Post a Comment