Assalamualikum dan selamat petang saya ucapkan
kepada semua pembaca blog ummirasyiqah, memandangkan saya masih lagi menghitung
hari menunggu kelahiran anak pertama tidak lama lagi. Jadi hari ini saya ingin
kongsikan kepada anda semua mengenai Jaundis.
Semoga kita semua dapat menambah ilmu mengenai Jaundis
terutama kepada ibu-ibu yang hamil anak pertama. Selamat membaca..
APAKAH JAUNDIS?
Jaundis di kalangan bayi di kenalpasti daripada
keadaan mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi
baru lahir mendapat jaundis.
APAKAH YANG MENYEBABKAN JAUNDIS?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan
menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang di
hasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan di buang
melalui najis dan air kencing. Oleh itu tahap bilirubin akan bertambah di dalam
badan. Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.
ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?
Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi
di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian otak.
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN OLEH IBU BAPA SEKIRANYA BAYI
MENGALAMI JAUNDIS!!!
· * MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA DI KLINIK ATAU HOSPITAL BERHAMPIRAN
· *JALANI UJIAN DARAH BAGI MEMASTIKAN TAHAP BILIRUBIN DALAM DARAH BAYI
· *ELAKKAN DARI MENJEMUR BAYI DI BAWAH CAHAYA MATAHARI
· *TINGKATKAN KEKERAPAN PENYUSUSAN IBU
0 comments:
Post a Comment